islampos
Media islam generasi baru

Inilah Amalan-amalan Pembuka Pintu Syurga (2-Habis)

Foto: Kajian Islam al-Mubarok
0

5. Pintu Sedekah
Sesiapa yang banyak melakukan sedekah.

Salah satu sifat yang mulia yang perlu ada pada seorang mukmin adalah sifat pemurah dan ada perasaan belas kasihan dan suka membantu kepada golongan fakir-miskin dan anak-anak yatim. Hidup ini akan lebih harmoni hanya apabila kita banyak bersedekah dan memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : “Sedekah mana yang lebih besar pahalanya?

Nabi SAW menjawab, “Sedekah yang diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sehat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang disedekahkan karena takut jadi fakir) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, “ini untuk si anu ini untuk si anu sekian” dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain,”(HR. Bukhari dan Muslim).

Sesiapa yang banyak bersedekah akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Nabi SAW menyatakan di dalam hadistnya bahwa salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan dari Allah SWT di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah karena Allah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan tangan kanannya.

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW ada menyatakan bahwa seorang dermawan yang ikhlas karena Allah akan dimasukkan ke dalam syurga lebih awal daripada ulama dan orang yang mati syahid dan akan didampingi untuk memasuki syurga melalui pintu sedekah.

Contoh sahabat-sahabat Rasulullah SAW :

1. Abdul Raman bin Auf – banyak bersedekah dan infak di jalan Allah SWT.

2. Khalid bin al-Walid – banyak berjihad di jalan Allah SWT sehingga badannya penuh dengan luka-luka kerana berjihad di jalan Allah SWT.

3. Abu Hurairah – seorang yang pakar ilmu hadits (banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW)

4. Ali bin Zainal Abidin – cucu kepada Saidina Ali k.wj – Shalat sunat lebih 1000 rakaat sehari. Di panggil ‘As-Sajjad’ (orang yang ahli sujud).

5. Ibnu Abbas – seorang yang pakar di bidang tafsir al-Quranul karim. []

Sumber: 62 Amalan Pembuka Pintu Syurga/Karya: Abdullah bin Ali Al-Ju’aistin/Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i

 

loading...
loading...