ISLAMPOS
Media Islam Generasi Baru

Inilah Amalan-amalan Pembuka Pintu di Syurga (1)

Foto: Pinterest
0

SYURGA menjadi tujuan semua manusia tanpa terkecuali. Tidak ada satu pun manusia di dunia ini menginginkan masuk ke dalam neraka, sebab keadaan neraka yang amat seram siksanya. Manusia akan dihisab terlebih dahulu sebelum melanjutkan langkahnya kepada pintu yang dituju.

Dengan hisaban, manusia akan terukur amalan yang sudah dilakukannya selama di dunia. Di antara pastilah berdea-beda timbangannya sesuai kadar amalannya. Mereka yang banyak amalan yang baik maka akan masuk ke dalam syurganya Allah.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang berinfak dengan sepasang hartanya di jalan Allah maka ia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga, ‘Hai hamba Allah, inilah kebaikan.’Maka orang yang termasuk golongan ahli shalat maka ia akan dipanggil dari pintu shalat. Orang yang termasuk golongan ahli jihad akan dipanggil dari pintu jihad. Orang yang termasuk golongan ahli puasa akan dipanggil dari pintu Ar-Royyan. Dan orang yang termasuk golongan ahli sedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”

Ketika mendengar hadist ini Abu Bakar pun bertanya, “Ayah dan ibuku sebagai penebus anda wahai Rasulullah, kesulitan apa lagi yang perlu dikhawatirkan oleh orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu. Mungkinkah ada orang yang dipanggil dari semua pintu tersebut?.”

Maka baginda pun menjawab, “Iya ada. Dan aku berharap kamu termasuk golongan mereka,” (HR. Bukhari dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu).

Berdasarkan hadist sahih di atas jelaslah kepada kita semua bahawa setiap amal soleh dan amal kebaikan yang kita kerjakan di dunai ini semuanya tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT. Segala kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, sehinggakan setiap amal soleh yang banyak dikerjakan oleh seseorang mukmin di dunia ini terdapat pintu-pintu khusus untuk dia memasukinya.Ini menunjukkan bagaimana Allah SWT mencintai para hamba-Nya yang beristiqamah dengan amal-amal soleh dan kebaikan dengan melipatgandakan amalan tersebut.

Terdapat 5 amal soleh yang mempunyai pintu-pintu khusus di syurga yaitu :

1. Pintu Infak

Sesiapa yang banyak infakkan hartanya dijalan Allah SWT.

Al-Qadhi menukil ucapan Al-Harawi ketika menerangkan makna ‘sepasang hartanya’ : Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksud dengan ‘sepasang harta’ adalah dua ekor kuda, dua orang budak, atau dua ekor unta (Al-Minhaj oleh An-Nawawi, 4/351).

Sedangkan yang dimaksud dengan berinfak di jalan Allah dalam hadis ini mencakup berinfak untuk segala bentuk amal kebaikan, bukan khusus untuk jihad saja (Al-Minhaj, 4/352).

Apabila kita memberikan harta kita untuk kerja-kerja dakwah menyebarkan risalah Islam, memberi tarbiah dan meninggikan syiar Islam dan menderma dan membantu saudara-saudara kita di Palestin dan Syria yang sedang berjuang mendaulatkan Islam dan mempertahankan tanah air mereka daripada kezaliman golongan Zionis dan Syiah adalah termasuk berinfak di jalan Allah SWT.

2. Pintu Shalat
Sesiapa yang banyak mengerjakan shalat.

Shalat yang paling afdal selepas shalat fardu adalah Shalat Tahajud. Shalat Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Shalat tahajud juga dikenali juga sebagai salatullail. Shalat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan shalat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan shalat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Shalat Tahajjud” padanya, sebagai shalat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji,”
(QS. al-Israa’: 79)

Selain daripada Shalat Tahajud shalat yang dituntut adalah shalat-shalat sunat yang lain :

1. Shalat Witir.
2. Shalat Duha.
3. Shalat Sunat Rawatib.
4. Shalat Tasbih.
5. Shalat Istikharah.
6. Shalat sunat ketika masuk dan keluar rumah.
7. Shalat selepas berwuduk.
8. Shalat Hajat.
9. Shalat Taubat.
10. Shalat Tahyatul Masjid.

3. Pintu Jihad
Sesiapa yang sentiasa berjihad di jalan Allah SWT.

Berjihad dijalan Allah SWT cukup luas bukan sahaja mengangkat senjata memerangi golongan kafir tetapi bekerja dan berusaha amar makruf nahi mungkar adalah termasuk berjihad dijalan Allah SWT. Berusaha untuk menegakkan sistem hidup Islam, menyebarkan fikrah dan kefahman Islam samaada melalui di media masa, internet , buku, risalah, television, radio dan lain-lain adalah termasuk kerja-kerja jihad dijalan Allah SWT.

Berjihad di jalan Allah SWT berlaku umum bagi seluruh kaum muslimin. Masing-masing mereka wajib berjihad sesuai dengan kemampuannya. Dan perintah agar berjihad dengan sebenar-benarnya ini perintah-Nya untuk bertakwa dengan sebenar-benarnya.

Seperti firman Allah SWT maksudnya ” Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan,” (Surah al-Hajj ayat 78).

4. Pintu Ar-Royyan
Sesiapa yang banyak mengerjakan puasa.

Untuk terpilih memasuki Pintu Ar-Royyan seseorang itu bukan setakat mengerjakan puasa Ramadan sahaja tetapi mereka perlulah banyak mengerjakan puasa-puasa sunat yang lain. Puasa-puasa sunat seperti :

1. Puasa enam hari di bulan Syawal.

2. Puasa hari Isnin dan Khamis.

3. Puasa tiga hari setiap bulan. (13, 14 dan 15 )

4. Puasa Hari Arafah.(9 Zulhijjah)

5. Puasa Asura. (10 Muharam)

6. Puasa hari Tasu’a (9 Muharram)

7. Puasa dibulan Syaaban. (perbanyakkan puasa sunat).

Mengerjakan puasa-puasa sunat hendaklah dengan ikhlas dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan membatalkan pahala puasa. []

Sumber: 62 Amalan Pembuka Pintu Syurga/Karya: Abdullah bin Ali Al-Ju’aistin/Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i

Bersambung

loading...
loading...